Tindakan Dr Mahathir Mohamad menubuhkan Sekretariat Orang Melayu dan menjemput ahli Umno menyertainya tidak lebih daripada kitaran ulangan percubaan politik yang gagal.
00:00Tindakan Dr. Mahathir Mohamad menubuhkan Sekretariat Orang Melayu dan menjemput ahli UMNO menyertainya tidak lebih daripada kitaran ulangan percubaan politik gagal.
00:11Ketua Penerangan UMNO Kedah, Shaiful Hazizi Zainul Abidid berkata bekas Perdana Mencu itu berulang kali gagal menyatukan orang Melayu melalui platform politiknya sebelum ini iaitu gerakan tanah air dan pejuang malah semua calonnya hilang deposit pada PRU15.
00:30GTA ditubuhkan pada 2022 sebelum PRU15 namun terkubur setahun selepas kemudian.
00:38Mahathir sebelum itu mengasaskan pejuang bersama bekas pemimpin bersatu namun beliau bertindak keluar parti pada Februari 2023.
00:47Semalam Mahathir menjemput ahli UMNO menyertai gabungan Sekretariat Orang Melayu dalam usaha mengembalikan kuasa Melayu dalam kerajaan.
00:55Mahathir berkata gabungan turut merangkumi PAS dan bersatu bukanlah parti politik rasmi buat masa ini sebaliknya menjadi payung besar untuk menyelamatkan masa depan orang Melayu dari segi politik dan ekonomi.