Keputusan rayuan Ahli Parlimen Muar Syed Saddiq Syed Abdul Rahman untuk membatalkan sabitan dan hukuman membabitkan empat pertuduhan berkaitan dana Pemuda Bersatu akan diketahui 25 Jun depan.
00:00Keputusan Rayuan Ahli Parlimen Muar Syed Saddiq Syed Abdul Haman untuk membatalkan sabitan dan hukuman membabitkan 4 pertuduhan berkaitan dana pemuda bersatu akan diketahui 25 Jun depan.
00:13Timbalan Pedakwa Raya Wan Syahruddin Waladin berkata, perkara itu diputuskan panel hakim Mahkamah Rayuan pada prosiding pengurusan kes terbabit hari ini.
00:22Pada 9 November 2023, Syed Saddiq disabitkan bersalah oleh Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur atas pertuduhan bersubahat dalam jenayah pecah amanah membabitkan RM1 juta serta penyelewengan dana RM120,000.
00:38Mahkamah memerintahkan hukuman penjara bagi pecah amanah dan penyelewengan dana dijalankan secara berasingan, manakala hukuman bagi kesalahan pengubahan wang haram berjalan serentak.
00:48Bagaimanapun Mahkamah Tinggi membenarkan hukuman itu ditangguhkan sementara menunggu rayuan bekas presiden muda itu.
00:55Sekiranya rayuan itu berjaya, Syed Saddiq akan dibebaskan walaupun pihak pendakwaan masih boleh merayu di Mahkamah Persekutuan.