Bekas Perdana Menteri Dr Mahathir Mohamad, meninggalkan acara berkelah di Putrajaya lebih awal daripada yang dijadualkan pagi tadi selepas dilaporkan berasa sedikit letih.
00:00Bekas Perdana Menteri Dr Mahathir Mohamad meninggalkan acara berkilah di Putrajaya lebih awal daripada yang dijadualkan pagi tadi, selepas dilaporkan berasa sedikit letih.
00:12Acara itu yang diadakan di Taman Tasik Putrajaya berhampiran Yayasan Kepimpinan Perdana, dianjurkan sempena sambutan ulang tahun kelahirannya yang ke-100, serta ulang tahun kelahiran istrinya, Dr Siti Hasma Ali yang ke-99.
00:28Bagaimanapun selepas menyelesaikan kayuhan basikal sejauh kira-kira 8 hingga 9 km, beliau kelihatan letih dan berehat seketika di atas kerusi sebelum beralih ke meja untuk bersarapan bersama keluarga dan rakan-rakan.
00:43Dr Mahathir meninggalkan acara itu sekitar 10 pagi.
00:46Anaknya Mohzani yang turut hadir di acara berkenaan berkata, bapanya keletihan kerana menghadiri satu lagi acara pada hari sebelumnya dan tidak mendapat tidur yang cukup.