Pemilihan semula Wanita UMNO Kuala Kedah berjalan lancar
  • tahun lalu
BERITA SEMASA 16 MAC 2023

Proses pemilihan semula sayap Wanita UMNO Kuala Kedah yang ditangguhkan sebelum ini berjalan lancar tanpa sebarang masalah di Bangunan Tunku di Alor Setar, Kedah pada Rabu, lapor wartawan Sinar Harian, Nurul Hidayah Hamid.

Pemilihan itu ditangguhkan berikutan dakwaan wujudnya pengundi hantu sebelum semakan mendapati ia sebenarnya disebabkan kesilapan teknikal antara pendaftaran perwakilan.

Pemilihan jawatan Ketua Wanita UMNO bahagian itu menyaksikan bekas Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Dr Mashitah Ibrahim mencabar penyandang, Noor Hasita Mat Isa.

Artikel berkaitan: http://bitly.ws/BFuZ

#SinarHarian #BeritaSemasa