Pemilihan UMNO: Jamal nafi dakwaan sogok perwakilan
  • tahun lalu
Pemilihan UMNO: Jamal nafi dakwaan sogok perwakilan

BERITA SEMASA 10 APRIL 2023

Ketua UMNO Bahagian Sungai Besar, Datuk Seri Jamal Md Yunus menafikan dakwaan bahawa beliau menyogok 12 perwakilan untuk mengundi dirinya pada pemilihan parti pada 18 Mac lalu.

Beliau tidak menolak kemungkinan Lembaga Disiplin UMNO menerima aduan palsu daripada individu yang sengaja memfitnah beliau selepas berjaya mempertahankan jawatan Ketua UMNO Bahagian Sungai Besar.

Terdahulu, Lembaga Disiplin UMNO dikatakan memanggil Ketua Bahagian Sungai Besar itu berhubung dakwaan sogokan kepada perwakilan pada pemilihan parti itu pada 18 Mac lalu.

Artikel: https://go.sinar.la/43lUhcQ

Muzik: Elevate dari www.bensound.com

#BeritaSemasa #UMNO #SinarHarian