PM Anwar nafi kerajaan beri lesen kasino di Forest City, Johor
  • 4 hari lalu
BERITA SEMASA 25 APRIL 2024

Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim pada Khamis menafikan laporan yang mendakwa kerajaan akan mengeluarkan lesen untuk pengoperasian kasino di Forest City, Johor.

Anwar yang juga Menteri Kewangan secara ringkas berkata, Tak ada, mereka bangkitkan (isu) lesen kasino itu tipu.. Tak betul.

Beliau berkata demikian sebagai mengulas laporan sebuah portal berita antarabangsa yang melaporkan Anwar bertemu dengan Pengasas Berjaya Corporation Bhd (BCorp) Tan Sri Vincent Tan serta Ketua Pegawai Eksekutif dan Pengerusi Kumpulan Genting Tan Sri Lim Kok Thay minggu lepas bagi membincangkan perkara itu.

Artikel:
https://www.sinarharian.com.my/article/661351/berita/nasional/pm-anwar-nafi-kerajaan-beri-lesen-kasino-di-forest-city-johor

Muzik: Elevate dari www.bensound.com

#SinarHarian #BeritaSemasa #PMX #anwaribrahim #casino #forestcity #johor