Adira, Datuk Red bercerai talak satu  
  • 5 hari lalu
BERITA SEMASA 24 APRIL 2024

Rumah tangga penyanyi terkenal, Adira Suhaimi berakhir selepas suaminya, Datuk Seri Adnan Abu melafazkan cerai talak satu di Mahkamah Rendah Syariah Gombak Barat di Rawang, pada Rabu.

Hakim Syarie, Abdul Hadi Umar merekodkan perpisahan pasangan ini selepas Adnan yang lebih dikenali sebagai Datuk Red, 42, melafazkan talak pada jam 9.39 pagi, mengikut Seksyen 47 Enakmen Undang-undang Keluarga Islam (Selangor) 2003.

Mahkamah kemudian mensabitkan berlaku perceraian dan memerintahkan Adira atau nama sebenarnya Siti Adira Suhaimi, 33, menjalani tempoh edah selama tiga kali suci selain mendaftarkan perceraian di Rawang.

Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/661108/berita/hiburan/adira-datuk-red-bercerai-talak-satu

Muzik: www.bensound.com

#SinarHarian #BeritaSemasa #DatukRed #AdiraSuhaimi