Mendiang Sivasutan selamat tiba di rumah keluarga
  • 5 hari lalu
Mendiang Sivasutan selamat tiba di rumah keluarga

BERITA SEMASA 24 APRIL 2024

Mayat mangsa nahas dua helikopter milik Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) yang bertembung dan terhempas di Pangkalan TLDM Lumut, pada Selasa, Leftenan T Sivasutan selamat tiba di kediaman keluarganya di Taman Serdang Jaya di sini pada Rabu.

Van membawa mayat mendiang Sivasutan diiringi pasukan polis itu tiba kira-kira jam 5.50 petang.

Suasana pilu menyelubungi sebaik mayat dibawa keluar daripada kenderaan tersebut.

Ahli keluarga, saudara-mara, kenalan rapat, anggota dan pegawai TLDM serta jiran turut hadir bagi memberi penghormatan terakhir kepada mendiang.

Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/661205/berita/semasa/mayat-mendiang-sivasutan-tiba-di-rumah-keluarga

Muzik: www.bensound.com

#SinarHarian #BeritaSemasa #duahelikopterterhempas #helikoptertldmterhempas #Lumut