Pemilihan UMNO: Arau, Tanah Merah harap tiada masalah

  • tahun lalu
Pemilihan UMNO: Arau, Tanah Merah harap tiada masalah

BERITA SEMASA 29 JANUARI 2023

Pemilihan UMNO bermula Rabu ini tetap dilaksanakan di 22,000 cawangan dan 191 bahagian meskipun terdapat dua bahagian yang digantung iaitu Arau dan Tanah Merah, lapor wartawan Sinar Harian, Nor Azura Md Amin.

Setiausaha Agungnya, Datuk Seri Ahmad Maslan berkata, bagi meastikan pemilihan lancar, UMNO akan melantik pentadbir di bahagian terbabit bagi menjamin pemilihan tidak terganggu.

Pada 5 Januari tahun ini, UMNO dilapor menggantung UMNO Bahagian Arau berikutan wujudnya pelbagai perbuatan sabotaj terhadap parti itu ketika PRU15 manakala UMNO Bahagian Tanah Merah pula digantung, berkuat kuasa pada 16 Jun 2020 dan kini bahagian itu ditadbir jawatankuasa sementara.

Artikel: https://bit.ly/3RgKlf0

Muzik: Elevate dari www.bensound.com