Pemilihan sayap UMNO lancar
  • tahun lalu
Pemilihan sayap UMNO lancar

BERITA SEMASA 11 MAC 2023

Proses pemilihan sayap Pemuda, Wanita dan Puteri UMNO berjalan lancar tanpa sebarang masalah yang timbul, setakat pagi Sabtu, lapor wartawan Sinar Harian, Nor Azura Md Amin.

Setiausaha Agung UMNO, Datuk Seri Ahmad Maslan berkata proses pemilihan membabitkan 191 bahagian UMNO di seluruh negara itu dilaporkan berjalan dalam suasana harmoni dan penuh semangat.

Jelasnya, lebih 20,000 cawangan UMNO sebelum ini telah selesai mesyuarat pada 1 hingga 26 Februari lalu dalam keadaan aman dan tidak timbul sebarang kejadian tidak diingini.

Artikel: https://bit.ly/3yuPbN3

#BeritaSemasa #SinarHarian