MP Baling gesa kuasa negeri ke atas hutan, tanah dihadkan
  • 2 years ago
Azeez Abdul Rahim (BN-Baling) mencadangkan agar kerajaan negeri tidak lagi diberi autonomi penuh ke atas perkara berkaitan tanah dan perhutanan seperti yang diperuntukkan di bawah Perlembagaan Persekutuan.

Azeez berkata banjir yang melanda kawasannya baru-baru ini menunjukkan terdapat keperluan untuk kerajaan persekutuan campur tangan dalam urusan tanah.

Sebagai contoh, dia berkata negeri mesti mendapat kelulusan daripada Putrajaya jika mahu membangunkan hutan simpan.