Tragedi Baling | Laporan penuh agensi kerajaan akan dibentang di Parlimen
  • 2 tahun lalu
Laporan penuh agensi kerajaan berkaitan tragedi Baling yang mengorbankan tiga nyawa termasuk ibu hamil empat bulan di Kupang, Baling 4 Julai lepas dijangka dibentangkan di Dewan Rakyat minggu depan.

Menurut Ahli Parlimen Baling Datuk Seri Abdul Azeez Abdul Rahim bencana itu diberikan keutamaan supaya jalan penyelesaian dapat segera dicari bagi mengelakkan tragedi sama berulang.
Disyorkan