Serbuan pengikut syiah ikut kuasa negeri
  • 5 years ago
Menteri di Jabatan Perdana Menteri Dr Mujahid Yusof berkata serbuan oleh pihak berkuasa agama terhadap majlis pengikut Syiah beberapa hari lalu mengikut prosedur operasi standard (SOP).

Beliau juga berkata ia berada bawah bidang kuasa jabatan agama negeri dan perlu dihormati.

"Isu ini terletak bawah kuasa negeri. Kita sudah pun mendapat maklum balas daripada menteri besar (Selangor Amirudin Shari) dalam mesyuarat MKI (Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Ugama Islam Malaysia) kelmarin.

"Adapun apa (serbuan) yang dilakukan di Selangor adalah bidang kuasa Selangor dan mengikut SOP, maka kita hormati tindakan itu," katanya kepada pemberita selepas merasmikan Majlis Sambutan Maal Hijrah 1441H Peringkat Wilayah Persekutuan di Masjid Wilayah Persekutuan, Kuala Lumpur hari ini.