MP gesa kerjasama AS, China halang rampasan kuasa di Myanmar
  • 3 years ago
Bekas timbalan menteri pertahanan Liew Chin Tong menyelar rampasan kuasa tentera di Myanmar serta meminta kerjasama Amerika Syarikat (AS) dan China bagi menghalang pencabulan demokrasi di negara itu.

Reuters melaporkan tentera Myanmar melakukan rampasan kuasa pada Isnin terhadap kerajaan yang dipimpin penerima anugerah Nobel, Aung San Suu Kyi yang dipilih secara demokratik.