[Visual dron] Kesudahan banjir di sekitar Bentong selepas air mulai surut
  • 2 years ago
Walaupun banjir akibat hujan lebat hujung minggu lalu kebanyakannya telah surut, penduduk di Bentong dan Karak, Pahang masih berdepan banyak kesukaran dalam membina semula kehidupan.

Antara cabaran terbesar adalah membuang barang yang telah rosak ekoran rumah dinaiki air, serta membersihkan rumah daripada lumpur dan selut di tengah kurangnya bekalan air bersih.