Video: Selepas 'teksi' dron, kini motosikal terbang pula diuji
  • 7 years ago
Selepas kenderaan udara autonomi dron Ehang 184 diumum bakal diguna pakai di bandar Dubai mulai Julai tahun ini, kini lahir pula motosikal terbang atau hoverbike pertama di dunia yang bakal dilancarkan.

Video motosikal terbang sedang menjalani ujian di sebuah gudang di San Fracisco baru-baru ini merakamkan seorang penunggang memakai sut ke­selamatan menaiki hoverbike dan menghidupkan enjinnya.

Motosikal terbang yang dinamakan sebagai Scorpion-3 itu menggabungkan rekaan sebuah motosikal standard dengan teknologi ‘drone quad-copter’ yang membolehkan pemandu mengendalikan kenderaan itu sama seperti menunggang sebuah motosikal.

Menurut pengeluar teknologi itu, Hoversurf, Scorpion-3 boleh menampung berat 120 kilogram ketika bergerak pada kelajuan 48 kilometer sejam dan mencapai altitud 10 meter.

‘Pesawat’ itu dilaporkan bo­leh terbang sehingga 27 minit dan mungkin dijual pada harga AS$150,000 (RM668,435).