'Teksi' dron Ehang 184, video tatacara perkhidmatan disiarkan

  • 7 years ago
Setelah mengumumkan bakal menggunakan kenderaan udara autonomi dron Ehang 184 pada 13 Februari lalu.

Kini video bagaimana 'teksi' dron berkenaan boleh digunakan disiarkan kepada umum.

Ketua agensi pengangkutan Dubai berkata bahawa teksi terbang ini akan mula mengambil orang di seluruh bandar di negara berkenaan bermula Julai ini.

Dron Ehang 184 boleh melakukan perjalanan selama kira-kira 31 batu dengan seseorang penumpang dan beg seberat 100kg dengan kelajuan maksima sehingga 63 batu sejam

Untuk mendapatkan teksi ini sebuah aplikasi akan digunakan seperti perkhidmatan Uber di mana penumpang boleh memasukkan destinasi mereka dan kemudiannya peta dan drone berkenaan akan menuju ke lokasi mereka.

Namun, untuk membolehkan Ehang ini mendarat mereka perlulah mempunyai sebuah ruang lapang yang sedikit luas atau ruang khas bagi tujuan keselamatan kerana tekanan angin yang dihasilkan agak kuat.