'Kemelut politik berterusan walaupun fokus kita harus kepada Covid-19'
  • 3 years ago
Kemelut politik tidak seharusnya menjejaskan usaha memerangi pandemik Covid-19 yang meragut nyawa 250 orang pesakit sehari.

Ketua Pembangkang Anwar Ibrahim menzahirkan kebimbangannya di atas peningkatan kes harian Covid-19 yang mencecah 20,000, dan terus gagal ditangani oleh kerajaan Perikatan Nasional.

"Tetapi kerana keangkuhan kuasa dan tamak haloba, perkara ini dibiarkan berterusan mengulangi langkah yang sama.," katanya dalam siaran media petang ini.

Sumber video: https://www.facebook.com/anwaribrahim.keadilan/videos/549143896287128