'Tersasul? Baik fokus isu Calon BN yang kurang bawa isu rakyat di parlimen'
  • 4 years ago
Syed Saddiq berkata ketika itu dia sedang menyampaikan ceramah yang berdurasi selama 30 minit tapi pihak pembangkang memfokuskan 10 saat momen dia tersasul.

Tambahnya ada banyak isu yang diketengahkan dalam ceramahnya terutama mengenai calon MCA Wee Jeck Seng yang kurang membahaskan isu rakyat di parlimen ketika Wee menjadi ahli parlimen Tanjung Piai sebelum itu.

Menteri Belia Dan Sukan merangkap Ketua Angkatan Bersatu Anak Muda (Armada) Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM), Syed Saddiq Syed Abdul Rahman menjawab wartawan tentang dia tersasul ketika berucap pada Program Ceramah Harapan sempena PRK Tanjung Piai baru-baru ini.