Tiada keperluan jawatan TPM, lebih baik fokus PRU - PM beritahu PN
  • 2 years ago
Ketika ditanya mengenai keperluan mengadakan perbincangan dengan wakil Perikatan Nasional (PN) mengenai tuntutan jawatan Timbalan Perdana Menteri (TPM) , Perdana Menteri, Ismail Sabri Yaakob berkata tidak ada keperluan setakat ini.

Jelasnya lagi, dua jawatan menteri kanan kepada wakil Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) sudah boleh dianggap setara dengan jawatan TPM.

Beliau berkata demikian selepas merasmikan Pameran Halal Antarabangsa Malaysia ke 18 (MIHAS 2022) di Pusat Pameran dan Perdagangan Antarabangsa (MITEC) hari ini.