Saya kecam keras kenyataan Ronnie Liu disaat kita sedang fokus beri khidmat terbaik
  • 5 years ago
Ketua Srikandi Bersatu Rina Harun mengingatkan bahawa PH merangkumi semua parti dan tidak akan berjaya menubuhkan kerajaan tanpa kerjasama semua.

“Saya kecam keras kenyataan Ronnie Liu yang mmepertikaikan dalam saat kita sedang fokus untuk memberi khidmat terbaik kepada rakyat...

“Tak payah nak pertikaikan PM yg bersungguh-sungguh, beliau bekerja 18 jam sehari dalam usia begitu tetapi terus menunjukkan teladan yang baik.

“Saya minta tak perlu ada lagi pihak nak pertikai bila perdana menteri nak letak jawatan, atau pertikai tentang Bersatu. Kita kena fokus beri khidmat terbaik kepada rakyat,” katanya di lobi parlimen.