'Naluri saya kata Datuk Nicky masih berada di Lembah Klang' - Ayob Khan
  • 3 years ago
Ketua Polis Johor, Ayob Khan Mydin Pitchay berkata dia percaya Pengasas Winner Dynasty Group, Nicky Liow Soon Hee masih berada di sekitar Lembah Klang.

Datuk Seri Nicky Liow merupakan dalang sindikiet pengubahan wang haram terbesar di negara ini yang dikenali sebagai Geng Nicky.

Terdahulu, Ketua Polis Negara Tan Sri Abdul Hamid Bador mendedahkan berlaku kebocoran maklumat semasa Ops Pelican 3.0 bagi memburu Datuk Nicky.

Beliau berkata mereka yang membocorkan maklumat berkenaan adalah daripada kalangan pegawai dan anggota polis sendiri.

Sumber video: https://fb.watch/4B9AykwvF1/