Alvin Chow dipercayai masih di Lembah Klang
  • 5 years ago
Polis percaya Alvin Chow Mun Fai, yang didakwa menghina Nabi Muhammad SAW masih berada di sekitar Lembah Klang, kata Ketua Polis Negara Tan Sri Mohamad Fuzi Harun.Beliau berkata polis kini bekerjasama dengan Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) bagi mengesan lelaki berusia 43 tahun itu."Buat masa ini, polis masih mengesan individu berkenaan dengan kerjasama SKMM dan polis sedang mengenal pasti lokasi sebenar lelaki itu,” katanya pada sidang akhbar selepas majlis penyampaian Anugerah Perkhidmatan Cemerlang (APC) peringkat Polis Diraja Malaysia (PDRM) di Mes Pegawai Kanan Bukit Aman, di Kuala Lumpur.Mohamad Fuzi turut berharap orang ramai yang mempunyai maklumat mengenai lelaki terbabit dapat tampil untuk membantu siasatan polis.Semalam, tiga individu ditahan dan seorang lagi masih diburu polis kerana disyaki menghina agama Islam termasuk kes menghina Nabi Muhammad SAW dan isteri Baginda, Saidatina Aisyah.Sehingga kini, polis menerima 929 laporan polis di seluruh negara berhubung kes itu dan membuka 16 kertas siasatan bersabit kes penghinaan agama Islam. - Bernama