2,062 kes, lapan kluster baru, hampir 75% di Lembah Klang
  • 3 years ago
Kes baru penularan wabak Covid-19 terus berada pada empat angka dan melonjak kepada 2,062 kes hari ini.

Perkembangan itu menjadikan kes terkumpul positif Covid-19 di Malaysia berjumlah 97,389 dengan kes aktif sebanyak 17,646.

Selangor terus mencatatkan kes tertinggi, iaitu 1,014 atau hampir 50 peratus daripada semua kes baru, hari ini. Ini diikuti oleh Kuala Lumpur sebanyak 504 kes (24.4 peratus) dan Sabah yang melaporkan sebanyak 252 kes (12.2 peratus).