Covid-19: 589 kes baru, 27.2 peratus dari Lembah Kelang
  • 4 years ago
Tiga kematian dan 589 kes baru Covid-19 dilaporkan setakat jam 12 tengah hari ini, maklum Ketua Pengarah Kesihatan Dr Noor Hisham Abdullah.

Sabah terus mencatatkan jangkitan tertinggi sebanyak 304 kes diikuti oleh Selangor (150 kes) dan Perak (50 kes).

Bagaimanapun, sebanyak 27.2 peratus daripada kes baru adalah dari Selangor, Kuala Lumpur dan Putrajaya.

Setakat ini, kes terkumpul adalah sebanyak 18129 kes dengan 5945 kes aktif.