Covid-19- 82 kes baru, Kluster Bangau-Bangau dikesan di Semporna
  • 4 years ago
Covid-19 kembali mencatatkan kenaikan di Malaysia, dengan 82 kes baru setakat tengah hari ini, maklum Pengarah Kesihatan Dr Noor Hisham Abdullah.

Daripada jumlah itu, 72 merupakan kes penularan tempatan manakala 10 lagi merupakan kes yang mendapat jangkitan dari luar negara.

Sementara itu, Sabah terus merekod kenaikan dengan 60 kes baru Covid-19 dan satu lagi kluster baru yang dirujuk sebagai Kluster Bangau-Bangau telah dikesan di Semporna.