Kluster Teratai_ Hampir satu dari dua yang diuji dikesan positif Covid-19
  • 3 years ago
Hampir satu daripada dua orang yang diuji dalam Kluster Teratai, berpusat di kilang Top Glove di Klang, didapati positif Covid-19.

Ini selepas Ketua Pengarah Kesihatan Dr Noor Hisham Abdullah mendedahkan bahawa kluster itu mempunyai kadar positif 43.8 peratus, iaitu 2,524 daripada 5,767 individu yang diuji telah didapati positif Covid-19.

Dr Noor Hisham berkata, pesakit Covid-19 dalam kluster ini terdiri daripada 164 rakyat Malaysia dan 2,360 bukan warganegara, yang kebanyakannya adalah pekerja pembuat sarung tangan di Klang.