Lembah Klang, Melaka beralih ke Fasa 3 mulai 1 Oktober - PM

  • 2 years ago
Jawatankuasa Khas Pengurusan Pandemik semalam bersetuju untuk membenarkan peralihan negeri-negeri di Lembah Klang daripada fasa 2 kepada fasa 3 mulai 1 Oktober ini.

Perdana Menteri Ismail Sabri Yaakob dalam satu kenyataan turut memaklumkan bahawa Melaka juga akan beralih daripada Fasa 2 kepada Fasa 3 manakala Kedah daripada Fasa 1 kepada Fasa 2.