Kerajaan setuju buka semula sektor pelancongan, sukan tertentu - Ismail
  • 3 years ago
Majlis Keselamatan Negara (MKN) sepakat untuk membuka semula sektor pelancongan dan sukan tertentu tidak lama lagi, sementara menunggu penyusunan prosedur operasi standard (SOP) baru.

Menteri Pertahanan Ismail Sabri Yaakob mengatakan Kementerian Pelancongan dan Kebudayaan (Motac) dan Kementerian Belia dan Sukan telah mengemukakan proposal tersebut dalam mesyuarat MKN semalam, dan majlis itu telah secara prinsip bersetuju dengan cadangan tersebut.