Skim subsidi upah dilanjutkan untuk sektor pelancongan, peruncitan

  • 4 years ago
Subsidi upah akan dilanjutkan selama tiga bulan dan akan menyasarkan sektor pelancongan dan peruncitan.

Setiap pekerja berpendapatan RM4,000 sebulan dan ke bawah akan diberi subsidi RM600.

Jumlah maksimum bilangan pekerja yang layak untuk setiap syarikat dinaikkan daripada 200 untuk kepada 500.