Semua agama tidak setuju budaya minum arak, mohon kerajaan cegah

  • 6 years ago
Kerajaan Pakatan Harapan diharap dapat mencegah dan menghalang perkara-perkara yang mampu memberi nilai negatif kepada manusia seperti kawalan di pusat hiburan yang melampau, kelab LGBT dan pesta arak iaitu Oktoberfest.

Ahli Parlimen Kubang Kerian Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man berkata tidak ada agama yang bersetuju membudayakan minuman arak dan tidak ada kajian ia mendorong kepada kebaikan.

Malah, kata Tuan Ibrahim, nilai yang tidak sesuai dengan budaya tempatan tidak wajar diberikan publisiti meluas.

Beliau berkata demikian ketika berucap dalam perbahasan di Dewan Rakyat hari ini.