'Profesional ada kebolehan tertentu, lantikan politik cuma hadiah sokong kerajaan'

  • 4 years ago
Dalam ucapannya hari ini, bekas perdana menteri Dr Mahathir Mohamad turut mengkritik tindakan kerajaan Perikatan Nasional (PN) melantik ahli politik menggantikan tokoh profesional untuk mengetuai agensi atau syarikat berkaitan kerajaan (GLC).

Beliau secara sinis, turut memberi penghargaan kepada "profesional" yang berjaya menguruskan ancaman Covid-19 di negara ini dan berharap Putrajaya menghentikan amalan menggantikan golongan itu dengan ahli politik.