Menteri: Program isolasi pekerja kargo KLIA bermula esok

  • 3 years ago
Kerajaan hari ini bersetuju untuk menjalankan program isolasi melibatkan 360 orang pekerja MAS Kargo di KLIA yang sihat, tidak bergejala dan disahkan negatif, berkuatkuasa 26 November sehingga 9 Disember 2020.

Menurut Menteri Kanan (Keselamatan) Ismail Sabri Yaakob berkata, ini berikutan peningkatan kes positif Covid-19 daripada Kluster Kaya yang melibatkan pekerja MAS Kargo di KLIA.