Menteri- Pekerja di zon merah disaran buat ujian walaupun tidak diwajibkan
  • 4 years ago
Pekerja dari zon merah yang perlu bekerja di pejabat disarankan untuk menjalani ujian saringan Covid-19 bagi menjaga keselamatan diri dan rakan setugas.

Menurut Menteri Kanan (Keselamatan), Ismail Sabri Yaakob, setakat ini arahan wajib menjalani ujian saringan hanya dikenakan kepada warga asing yang bekerja sebagai pengawal keselamatan dan di sektor pembinaan serta individu yang mempunyai gejala.