Covid-19- Polis tingkatkan kawalan di zon merah
  • 4 years ago
Polis Diraja Malaysia meningkatkan kawalan di tiga zon merah iaitu Titiwangsa, Kepong, Lembah Pantai serta di Putrajaya bagi mencegah jangkitan wabak Covid-19.

Ketua Polis Kuala Lumpur, Mazlan Lazim berkata ini berikutan pergerakan awam masih tinggi di ketiga-tiga kawasan berkenaan meskipun polis dan Angkatan Tentera Malaysia (ATM) berusaha untuk mengurangkan pergerakan awam.