Hidup di Zon Merah dan Zon Hijau mungkin berbeza

  • 4 years ago
Sebarang kelonggaran terhadap perintah kawalan pergerakan (MCO) akan berdasarkan situasi di kawasan terlibat, kata Menteri Pertahanan Ismail Sabri Yaakob.

Sambil menegaskan bahawa kelonggaran PKP hanyalah satu "kemungkinan", namun menurutnya ia sedang dipertimbangkan oleh Majlis Keselamatan Negara (MKN) dan Kementerian Dalam Negeri (KDN).

Beliau berkata, sebagai contoh, PKP mungkin dilonggarkan di "Zon Hijau" - daerah yang tidak mempunyai kes Covid-19.

Bagi zon merah, peraturan yang lebih ketat akan diperkenalkan.