Sehingga ke titisan darah terakhir, Malaysia akan pertahan Sabah

  • 4 years ago
Malaysia tegas dengan pendirian tidak akan berkompromi dengan sebarang tuntutan asing terhadap Sabah, dan akan kekal mempertahankan wilayah itu sehingga ke titisan darah terakhir.

Timbalan Menteri Luar Kamaruddin Jaffar memaklumkan kepada Dewan Rakyat hari ini, tindakan itu selari dengan pendirian kerajaan sejak penubuhan Malaysia pada 1963.

Katanya, pendirian tersebut diambil berdasarkan Laporan Suruhanjaya Cobbold bahawa lebih dua pertiga rakyat Sabah ketika itu mengambil keputusan untuk bersama dengan Malaysia, bukannya negara lain.

Beliau berkata demikian ketika menjawab soalan Datuk Azizah Mohd Dun (Bersatu-Beaufort) yang ingin mengetahui status kedudukan Sabah berkaitan isu tuntutan negara Filipina terhadap negeri itu.

Recommended