'Sudah tentu saya akan terima' - Hajiji terima cadangan jadi KM Sabah
  • 4 years ago
Pengerusi Bersatu Sabah, Hajiji Noor hari ini menyatakan beliau akan menerima cadangan presidennya yang juga perdana menteri, Muhyiddin Yassin untuk menjadi Ketua Menteri Sabah.

Bagaimanapun beliau menyerahkan kepada Gabungan Rakyat Sabah untuk menentukan ketua menteri kelak sekiranya mereka berjaya memenangi pilihan raya negeri.

Terdahulu, Muhyiddn mengumumkan bahawa Hajiji akan dilantik sebagai ketua menteri Sabah jika Gabungan Rakyat Sabah berjaya menawan negeri itu daripada parti Warisan atau gabungan Warisan Plus.
Recommended