Rakyat Malaysia selesai kuarantin mahu pulang ke kampung, NADMA akan uruskan

  • 4 years ago
Menteri Kanan (Keselamatan), Ismail Sabri Yaakob berkata bagi rakyat Malaysia dari luar negara yang pulang ke Malaysia dan telah selesai menjalani kuarantin wajib dan mahu pulang ke kampung masing-masing, Agensi Pengurusan Bencana Negara (Nadma) akan menguruskannya.

"Mereka dibenarkan pulang, rumah mereka jauh dan perlu rentas negeri, jadi untuk mudah urusan untuk pulang ke kampung halaman masing-masing, maka pihak Nadma akan urus kepulangan mereka," katanya.

Beliau berkata demikian dalam sidang media di Putrajaya, hari ini.

Recommended