'Guru-guru mahu pulang ke kampung, perlu mohon dengan polis dahulu'
  • 3 years ago
Menteri Kanan, Ismail Sabri Yaakob menjelaskan bahawa guru-guru yang berada di Semenanjung, mahu pulang ke kampung mereka di Sabah atau Sarawak haruslah memohon rentas negeri daripada pihak polis terlebih dahulu.

Beliau berkata demikian ketika ditanya soalan bolehkah guru mahu merentas negeri ekoran sekolah yang ditutup dalam tempoh yang lama.

Sebelum ini, penggal persekolahan akan bermula pada 20 Januari tahun depan seperti mana dimaklumkan Kementerian Pendidikan sebelum ini.
Recommended