Mereka di kampung, yang mahu pulang ke bandar boleh mohon mulai 25 April

  • 4 years ago
Orang ramai yang pulang ke kampung halaman sebelum tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dikuatkuasakan dan kini ingin kembali ke rumah masing-masing boleh membuat permohonan bagi tujuan itu mulai Sabtu ini.

Menteri Kanan (Kluster Keselamatan) Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata permohonan boleh dilakukan secara dalam talian menggunakan aplikasi 'Gerak Malaysia' yang dibangunkan Polis Diraja Malaysia bersama Kementerian Komunikasi dan Multimedia atau memohon di balai polis berhampiran.

"Bagaimanapun perkara ini masih dalam kajian, jika pergerakan akan bermula pun saya percaya mungkin selepas 1 Mei nanti...tak ada jaminan lagi, kerana setakat ini kita masih tunggu laporan mulai 25 April ini sebab setiap laporan ke balai polis atau dalam talian pun akan bermula pada 25 haribulan.

Waktu itu kita akan lihat seramai mana nak pulang dan sebagainya, barulah kita boleh merancang dan keluarkan SOP (Prosedur Operasi Standard) tertentu yang ketat dan sebagainya," katanya dalam sidang harian mengenai PKP di Putrajaya, hari ini.

Recommended