PAS boleh tuntut jawatan TPM, tapi mereka tak pernah timbulkan isu - PM
  • 2 years ago
Tidak ada keperluan untuk melantik timbalan perdana menteri buat masa ini, tegas Ismail Sabri Yaakob.

Malah kata perdana menteri kesembilan itu, sebenarnya dalam keadaan sekarang dia seakan-akan memiliki sehingga empat timbalan - merujuk kepada empat menteri kanan yang ada dalam kabinet.

Menurut Ismail, daripada semua parti yang menjadi kerajaan, hanya PAS saja yang tidak mempunyai wakil sebagai menteri kanan walaupun jika melihat keadaan semasa parti itu boleh membuat permintaan tersebut.

Sumber video: Pejabat Perdana Menteri