Dr M akan ke Sabah, mahu 13 Adun berpaling tadah dihukum

  • 4 years ago
Bekas perdana menteri Dr Mahathir Mohamad mengesahkan bahawa beliau akan mengunjungi Sabah menjelang pilihan raya negeri (PRN) yang bakal diadakan di negeri itu.

Mahathir berkata bahawa 13 anggota dewan undangan negeri (Adun) yang berpaling tadah kepada pembangkang di negeri itu yang menyebabkan Ketua Menteri Shafie Apdal terpaksa membubarkan DUN bagi menggagalkan cubaan rampasan kuasa, akan dihukum.

Beliau berkata demikian semasa rancangan bual bicara dalam talian yang dianjurkan oleh kumpulan usahawan MyPerintis.