Kanak-kanak tular tunggang motosikal disaman

  • 4 years ago
Seorang kanak-kanak yang dirakam memandu motosikal di Kampung Paya Chegar, Jitra, Kedah semalam telah dibawa ke balai polis dan dikenakan saman atas tiga kesalahan.

Polis Diraja Malaysia mengesahkan dalam satu kenyataan di Facebook hari ini bahawa tindakan undang-undang turut dikenakan terhadap warisnya yang hadir di Ibu Pejabat Polis Daerah Kubang Pasu kira-kira pukul 2.40 petang tadi.