"Berhenti bercakap isu peralihan kuasa, macam kanak-kanak!" - Tariq Ismail
  • 4 years ago
Anggota Majlis Pimpinan Tertinggi Bersatu Tariq Ismail menasihatkan pemimpin Parti Keadilan Rakyat (PKR) supaya berhenti bercakap mengenai isu peralihan kuasa.

Tariq juga menyifatkan pemimpin PKR seperti kanak-kanak yang mahukan jaminan berterusan sedangkan Perdana Menteri Dr Mahathir telah menyatakan ia akan berlaku selepas sidang kemuncak Kerjasama Ekonomi Asia Pasifik (APEC) November depan.

Ia susulan kenyataan angota Parlimen Selayang William Leong yang mahukan "pelan B" bagi menekan Perdana Menteri supaya patuh terhadap perjanjian peralihan kuasa kepada Anwar Ibrahim.

Tariq turut mengingatkan PKR bahawa parti itu tidak lagi mempunyai kuasa majoriti di Dewan Rakyat untuk memutuskan siapa yang patut menjadi perdana menteri.

Beliau memetik Perkara 43 Perlembagaan Persekutuan, yang menyatakan bahawa Yang di-Pertuan Agong mempunyai kausa melantik seorang perdana menteri daripada kalangan anggota Parlimen yang mempunyai sokongan majoriti.