Cheras: Jangan tangguh peralihan kuasa
  • 9 years ago
eorang lagi pemimpin Umno mendesak supaya peralihan kuasa dari Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi kepada Datuk Seri Mohd Najib Tun Razak dibuat dalam perhimpunan agung parti itu Disember ini.

"Tidak boleh tangguh-tangguh lagi...masa dah tidak ada," kata ketua Umno bahagian Cheras, Datuk Syed Ali Al Habshee.

"Supaya Najib ambilalih dan ada masa untuk selesaikan masalah dalam Umno. Bukan bila nak pilihanraya baru nak beri kerana masalah Umno banyak. Bukan masalah ini sahaja," katanya dalam sidang media selepas merasmikan mesyuarat khas (EGM) Umno bahagian tersebut yang dihadiri oleh 222 perwakilan hari ini.