Tunggulah - Lim Guan Eng jawab peralihan kuasa PM
  • 4 years ago
Lim Guan Eng menolak keperluan Majlis Presiden PH bermesyuarat untuk menetapkan tarikh peralihan kuasa antara Perdana Menteri Dr Mahathir Mohamad dan Presiden PKR, Anwar Ibrahim.

Setiausaha Agung DAP juga memaklumkan Mahathir sebelum ini berkata beliau akan berundur daripada jawatan itu selepas Sidang Kemuncak Kerjasama Ekonomi Asia-Pasifik (Apec) di Kuala Lumpur pada November nanti.

"Tentang apa yang disebut oleh Tun Mahathir, maksud Tun saya percaya sekiranya majlis presiden PH tidak berpuas hati prestasi beliau hendak beliau letak jawatan atau minta beliau berundur, ia boleh diputuskan di Majlis Presiden PH

"Beliau pun pernah menyebut tentang perkara tersebut dalam majlis presiden, tetapi sehingga sekarang saya tidak lihat ada apa-apa sebab untuk perlukan satu (mesyuarat) majlis presiden khusus untuk bincang perkara ini kerana PM pun telah sebut bahawa beliau akan tinggalkan jawatan selepas bulan November.

"Ini akhir tahun tinggal tidak beberapa lama, biar kita ikut jadual yang beliau telah syorkan saya rasa haruskan ia harus jalan dengan teratur, tersusun dan tanpa sebarang kekecohan," katanya kepada pemberita tengah hari ini di Putrajaya, Selangor.

Lim yang juga menteri kewangan berkata ini akan memastikan peralihan kuasa berjalan lancar yang akan memelihara kestabilan dan memacu pertumbuhan ekonomi.

Lim, yang juga menteri kewangan, berkata ini akan memastikan peralihan kuasa yang lancar, yang pada gilirannya akan melindungi kestabilan dan memacu pertumbuhan ekonomi.

Pemimpin DAP itu berkata isu-isu yang tidak membantu mencapai matlamat ini tidak patut dibangkitkan atau akan menjadi bahan pertikaian.

Pagi ini, Anggota Parlimen DAP Charles Santiago dan pengerusi DAP Kelantan, Zaid Ibrahim menggesa Majlis Presiden PH untuk menetapkan tarikh peralihan kuasa, dengan alasan ketidakpastian berterusan mengenai isu ini tidak baik untuk negara.

Semalam, Mahathir, ketika memberi maklum balas terhadap beberapa MP PKR yang mahu peralihan berlaku pada bulan Mei tahun ini, berkata beliau bersedia untuk turun dengan segera jika Majlis Presiden PH meminta beliau berbuat demikian.