Bekas setiausaha politik Mat Sabu didakwa rasuah RM6.35 juta

  • 4 years ago
Bekas setiausaha politik kepada bekas Menteri Pertahanan Mohamad Sabu dihadapkan ke Mahkamah Sesyen di Kuala Lumpur, atas lima pertuduhan rasuah.

Mohd Azhar Che Mat Dali, 49 tahun didakwa menerima dan meminta suapan berjumlah RM6.35 juta daripada sebuah syarikat kontraktor bagi membantu mendapatkan projek di kementerian itu.

Mohd Azhar bagaimanapun mengaku tidak bersalah selepas kesemua pertuduhan terhadapnya dibacakan di hadapan Hakim Azura Alwi.

Laporan lanjut: https://www.malaysiakini.com/news/546641

Recommended