Bekas PM, menteri terlibat dalam pertukaran tanah bernilai lebih RM500 juta ringgit
  • 5 years ago
Laporan daripada Mindef mendapati bekas Perdana Menteri dan mantan Menteri Pertahanan terlibat dalam kes pertukaran tanah.

Menteri Pertahanan Mohamad Sabu berkata berlaku isu penyalahgunaan kuasa sehingga menyebabkan kerugian besar mencecah lebih RM500 juta ringgit ketika era pemerintahan bekas Perdana Menteri dan Menteri Pertahanan sebelum ini.

Mohamad berkata demikian ketika Sidang Media selepas membentangkan Lapora Jawatankuasa Siasatan Tadbir Urus, Perolehan dan Kewangan Kerajaan (JKSTUPKK) berhubung Pelaksanaan Projek Land Swap Kementerian Pertahanan di Dewan Negara siang tadi.