Dana RM90 juta: Bekas Adun PAS dan bos KTMB ke SPRM
  • 5 years ago
Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) dijangka merakam kenyataan tiga individu termasuk seorang bos syarikat berkaitan kerajaan (GLC) berhubung penyiasatan dakwaan PAS menerima RM90 juta daripada Umno.Memetik Malaysiakini yang memetik sumber, dua lagi individu itu iaitu bekas Anggota Dewan Undangan Negeri Selangor Zaidy Talib dan seorang kakitangan pejabat PAS.Sumber itu berkata, semua saksi dijangka berada di ibu pejabat SPRM pada pukul 10 pagi hari ini.SPRM dilaporkan melancarkan siasatan awal bulan ini berhubung dakwaan bahawa Umno membayar RM90 juta kepada beberapa pemimpin PAS untuk mendapatkan sokongan mereka menjelang pilihan raya umum lalu.Beberapa pemimpin PAS, termasuk Murshidul Am PAS Hashim Jasin, Setiausaha Agung PAS Datuk Takiyuddin Hassan, Anggota jawatankuasa pusat Nik Abduh Nik Abdul Aziz, dan bekas timbalan presiden parti itu, Datuk Nasharudin Mat Isa tidak terlepas daripada siasatan dan kenyataan mereka telah dirakamkan.Siasatan adalah mengikut Akta SPRM 2009 dan Akta Pencegahan Pengubahan Wang Haram dan Pembiayaan Keganasan dan Hasil daripada Aktiviti Haram 2001.Bagaimanapun, pemimpin PAS menafikan semua tuduhan itu.